Who is the hottest ?.

About Me

My photo
Rawang, Selangor, Malaysia
16 . Competitive . Talkative . Productive .

Sunday, November 28, 2010

Top 11 things about MIRA

Okay . Dah banyak aku tengok orang buat benda nie . Tp dorg wat top 25 . Haha .

  •  Aku benci kucing, takot , tak suka , benci benci benci benci benci benci benci ! Haha . 
  •  Aku tak berpegang pada prinsip FORGIVE & FORGET .Aku akan forgive tapi aku x kan pernah forget setiap inci perkara yang orang buat kat aku .
  •  Apa yang orang pernah buat kat aku , aku akan buat perkara yang sama kat dorang . Dorang kutuk aku , aku kutok dorang balek . Aku x kan buat kalau dorang tak pernah buat apa apa kat aku
  •  Aku jenis yang bersemangat tinggi , kalau aku cakap aku nak , aku akan buat sampai aku dapat benda tu
  •  Kuat jeles . Haha . Tapi aku x la jeles yang menjatuhkan diri . Bila aku jeles , aku akan berusaha sampai dapat jadi lebih baik dari orang yang aku jeles .
  •  Aku setia pada kawan yang baik dengan aku ! Kalau orang yang baek ngan aku , macam2 aaku buat even aku akan jage hati dorang dengan sebaik-baekyer . Tapi , siket kesalahan die buat , aku kan ingat dan susah untuk aku baek dengan die . So , kalau aku pernah sakitkan hati orang , makneyer orang tu pernah sakitkan hati aku ! 
  •  Aku x pernah peduli apa orang nak cakap pasal aku . Sebab kalau dorang dah bagus sangat , dorang perlu buktikan kat aku dulu then baru aku amek kesah pe yg orang cakap .
  •  Aku fanatik yang amat pada Erra Fazira , tak bermakna aku tak minat artis laen , jus ngn Erra , memg aku fanatik yg amat .
  •  Aku suka belajar , aku suka jawab periksa , tapi aku tak suka tunggu result periksa ! 
  •  Kalau aku tak puas hati , aku cakap je depan depan . Kalau orang dah berani sangat kutok aku , cakap depan depan yee dan buktikan orang yang kutuk tu lagi bagos
  •  Aku telalu nak nak nak nak nak nak nak nak giler untuk sentiasa berjaya dalam bidang yang aku masuk ! Aku nak number 1 !  Okay nie jer la kot buat mase nie . :D

Thursday, November 11, 2010

The Best of Barney Stinson !

Aku Crunchy , Dia LuvIt !

Salam.
Coretan untuk hari ini. Mengisahkan tentang diri aku pulak ?.
Aku , gadis bernama Ameerah Farzana , atau Mira ,. Berumur 15 tahun, akan meningkat 16 beberapa minggu lagi.
Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang, Selangor . Di situ , maybe aku tidak berapa menyerlah dalam akademi . Memang dulu aku tak bijak , aku tak popular , aku tak bergaya . Aku hanya kosong ketika masih di seklah rendah . Dan , memang , terlalu banyak pilih bulu dan pilih kasih di SKBB dulu . Orang bijak , orang kaya , orang cantek , semua diberi perhatian . Aku hanya orang biasa yang tidak dipandang di SKBB dulu.
Aku ingin berubah , aku ingin membuktikan bahawa aku juga hebat, aku juga boleh buat, mereka mungkin bagus, tetapi aku yg paling bagus .
2008 , tahun aku melangkah ke sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa namanya. Di sini aku ingin menjadi Mira yang hebat! Ingin membuktikan pada mereka yang langsung tidak mengendahkan aku dulu bahawa aku lebih baik daripada pelajar-pelajar itu!.
Itu azam aku sebaik aku melangkah kaki ke SMKBS .
Syukur, di sini aku berjaya menjadi antara yang terbaik selama 3 tahun bersekolah.
Pada awalnya , Ujian Bulanan Pertama , aku hanya mendapat 7A1B dan tempat kedua dalam kelas serta aliran. B aku ialah subjek BM .
Aku kalah dengan pelajar yang aku panggil Uni.
Namun , kemudian aku lebih bersemangat !. Aku nak nombor 1 !!!!!!!.
Pada Peperiksaan Pertengahan Tahun , aku berjaya mendapat tempat pertama. Diikuti dengan Ujian Bulan kedua dan Peperiksaan akhir tahun . Kesemuanya aku berjaya mendapat tempat pertama .
Begitulah tahun-tahun selepasnya sehingga kini.
Walaupun dulu , aku tidak bijak , tidak popular dan tidak kaya . Tidak bermakna aku tidak boleh berubah.
Aku bermula dengan seorang pelajar yang amat lemah , tidak tahu bahagi malah vocabulary pun teruk . Namun itu semua boleh berubah sekiranya kita mempunyai semangat untuk berubah dan ingin berubah serta berusaha untuk berubah , berdoa dan tidak melakukan sebarang kemungkaran dan akhir sekali bertawakkal .
Ingat ini bagi yang belum berjaya,
" INSAN YANG BERJAYA ITU PERNAH MENJADI INSAN YANG GAGAL DAN AMAT TERUK SUATU KETIKA DALAM HIDUPNYA ".
~ Berubahlah ke arah kebaikan :D
Powered By Blogger