Salam.
Coretan untuk hari ini. Mengisahkan tentang diri aku pulak ?.
Aku , gadis bernama Ameerah Farzana , atau Mira ,. Berumur 15 tahun, akan meningkat 16 beberapa minggu lagi.
Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang, Selangor . Di situ , maybe aku tidak berapa menyerlah dalam akademi . Memang dulu aku tak bijak , aku tak popular , aku tak bergaya . Aku hanya kosong ketika masih di seklah rendah . Dan , memang , terlalu banyak pilih bulu dan pilih kasih di SKBB dulu . Orang bijak , orang kaya , orang cantek , semua diberi perhatian . Aku hanya orang biasa yang tidak dipandang di SKBB dulu.
Aku ingin berubah , aku ingin membuktikan bahawa aku juga hebat, aku juga boleh buat, mereka mungkin bagus, tetapi aku yg paling bagus .
2008 , tahun aku melangkah ke sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa namanya. Di sini aku ingin menjadi Mira yang hebat! Ingin membuktikan pada mereka yang langsung tidak mengendahkan aku dulu bahawa aku lebih baik daripada pelajar-pelajar itu!.
Itu azam aku sebaik aku melangkah kaki ke SMKBS .
Syukur, di sini aku berjaya menjadi antara yang terbaik selama 3 tahun bersekolah.
Pada awalnya , Ujian Bulanan Pertama , aku hanya mendapat 7A1B dan tempat kedua dalam kelas serta aliran. B aku ialah subjek BM .
Aku kalah dengan pelajar yang aku panggil Uni.
Namun , kemudian aku lebih bersemangat !. Aku nak nombor 1 !!!!!!!.
Pada Peperiksaan Pertengahan Tahun , aku berjaya mendapat tempat pertama. Diikuti dengan Ujian Bulan kedua dan Peperiksaan akhir tahun . Kesemuanya aku berjaya mendapat tempat pertama .
Begitulah tahun-tahun selepasnya sehingga kini.
Walaupun dulu , aku tidak bijak , tidak popular dan tidak kaya . Tidak bermakna aku tidak boleh berubah.
Aku bermula dengan seorang pelajar yang amat lemah , tidak tahu bahagi malah vocabulary pun teruk . Namun itu semua boleh berubah sekiranya kita mempunyai semangat untuk berubah dan ingin berubah serta berusaha untuk berubah , berdoa dan tidak melakukan sebarang kemungkaran dan akhir sekali bertawakkal .
Ingat ini bagi yang belum berjaya,
" INSAN YANG BERJAYA ITU PERNAH MENJADI INSAN YANG GAGAL DAN AMAT TERUK SUATU KETIKA DALAM HIDUPNYA ".
~ Berubahlah ke arah kebaikan :D


you are great sis !!
ReplyDeleteMASHAALLAH..
bijaknye awak ni. kak ijah pnya rekod skolah dulu teruk jugak tau.huhu
do ur best in spm, n make it to EUROPE k, like ur mom and dad :))inshaALLAH..
jenguk2 la blog kak ijah ni, banyak jugak cite pasal life kat mesir ni :)